Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?


Sudahkah anda mengaktifkan i-Akaun KWSP?

Untuk sesiapa yang layak memohon i-sinar bermula 21 Disember 2020 nanti, pastikan anda sudah mengaktifkan i-Akaun KWSP.

Untuk mengaktifkan i-Akaun, anda perlu mengemaskini nombor telefon bimbit untuk proses penghantaran TAC (password).

Anda boleh mengemaskini nombor telefon bimbit i-Akaun di mana-mana mesin kiosk samada di bangunan KWSP atau agen KWSP seperti Bank (RHB, CIMB, MAYBANK, BANK RAKYAT). Anda boleh rujuk laman web KWSP untuk senarai agen mereka. Pejabat & Kiosk KWSP

Berikut adalah cara untuk mengemaskini nombor telefon bimbit di mesin kiosk.
1) Masukkan Kad Pengenalan;
2) Baca arahan, ikut sahaja;
3) Scan ibu jari; 
4) Masukkan nombor telefon yang baru;
5) Tunggu dan cetak. Akaun BERJAYA didaftar!
6) User ID dan password sementara akan diberi melalui SMS ke nombor telefon yang kita sudah kemaskini tadi.
7) Login laman web KWSP untuk pengaktifan kali pertama (bukan melalui i-akaun apps). Ikut sahaja arahan untuk penukaran user ID dan password yang kekal, buatlah sehingga selesai.

Pada 21 Disember 2020 nanti bagi yang layak memohon i-Sinar, anda sudah boleh terus memohon dan mendaftar i-Sinar secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?