Posts

Showing posts from December, 2020

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Image
Cara daftar program SAVE 2.0 Rebat RM200 Shopee adalah seperti berikut: 1. Buka apps Shopee, kemudian pilih menu 'Buy Malaysia'. 2. Kemudian, klik pada butang 'DAFTAR SEKARANG'. 3. Isi dan lengkapkan borang maklumat. Anda boleh menggunakan bil elektrik kepunyaan anda sendiri atau milik orang lain yang ada tali hubungan dengan anda. 4. Sekiranya anda menggunakan akaun milik sendiri, jangan lupa isi 'NA' pada ruangan 'IF NO.....' 5. Selesai. NOTA: 1. Program ini difahamkan hanya untuk mereka yang ingin membeli alatan elektrik seperti aircond atau peti sejuk. 2. Jika pendaftaran ini lulus, anda akan menerima rebat RM200 pembelian tersebut. Kira macam diskaunlah bagi yang tak taham apa itu rebat.

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Image
Permohonan dan pendaftaran i-Sinar boleh dibuat hanya melalui i-Sinar Online  bermula hari ini selama 6 bulan sehingga 30 Jun 2021. Bagi yang tiada i-Akaun atau bermasalah untuk log masuk, berikut cara-cara daftar i-Sinar KWSP. 1. Layari i-Sinar Online 2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda. 3. Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda yang aktif. 4. Klik butang Teruskan. 5. Seterusnya, untuk memastikan anda adalah pemilik sebenar akaun KWSP, sistem akan bertanya soalan berdasarkan aktiviti anda dengan KWSP. Soalan ini perlu dijawab dengan tepat. Silakan jawab jika anda rasa ia tepat untuk diri anda. 6. Sekiranya sistem tidak berjaya memastikan anda adalah pemilik akaun, sistem akan memberikan percubaan kali ke-2. 7. Sekiranya berjaya disahkan, anda akan lihat pada skrin amaun total yang anda layak keluarkan. Pilih amaun pengeluaran yang anda mahukan. 8. Anda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat akaun bank. Pastikan akaun bank yang diisi adalah aktif. Akhir sekali, jangan lupa

GAP DARI KACAMATA SYARIAH

Image
Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100. Kaedah yang digunakan ialah : 1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti). 2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku). 3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah. GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor. Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM. Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara. 1. Pembelian GAP secara asasnya memang tid

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?

Image
Sudahkah anda mengaktifkan i-Akaun KWSP? Untuk sesiapa yang layak memohon i-sinar bermula 21 Disember 2020 nanti, pastikan anda sudah mengaktifkan i-Akaun KWSP. Untuk mengaktifkan i-Akaun, anda perlu mengemaskini nombor telefon bimbit untuk proses penghantaran TAC (password). Anda boleh mengemaskini nombor telefon bimbit i-Akaun di mana-mana mesin kiosk samada di bangunan KWSP atau agen KWSP seperti Bank (RHB, CIMB, MAYBANK, BANK RAKYAT). Anda boleh rujuk laman web KWSP untuk senarai agen mereka.  Pejabat & Kiosk KWSP Berikut adalah cara untuk mengemaskini nombor telefon bimbit di mesin kiosk. 1) Masukkan Kad Pengenalan; 2) Baca arahan, ikut sahaja; 3) Scan ibu jari;  4) Masukkan nombor telefon yang baru; 5) Tunggu dan cetak. Akaun BERJAYA didaftar! 6) User ID dan password sementara akan diberi melalui SMS ke nombor telefon yang kita sudah kemaskini tadi. 7) Login laman web KWSP untuk pengaktifan kali pertama ( bukan melalui i-akaun apps ). Ikut sahaja arahan untuk penu

"Bapa, gambar bah Alzam"

Image
Aku ambil kesempatan untuk mengajar kepada anak ku.  Bukan semua benda kita mahu, kita mesti beli. "Pa, tiada selipar dia tu kan". "Lain kali kalau Alzam ada selipar yang tidak pakai, sedekah saja sama orang yang perlu. Jangan minta beli beli beli. Kita bukan orang kaya". "Iya... Kesian dia kan". Dia pun bisik dengan aku. "Pa.. gambar ba alzam". Dia pun berdiri sebelah budak tu, lalu aku cepat-cepat tangkap gambar mereka berdua. Sebelum aku hulur sedikit wang, aku minta mereka untuk menyanyi. Tapi mereka malu-malu untuk menyanyi. . Lain orang, lain persepsi. Itu semua terpulang pada diri kita sendiri. Kehadiran mereka tidak bisa buat aku elak dan lari daripada mereka. Paling teruk jika aku memberi contoh dengan layani mereka seperti tiada nilai, lalu anak aku mencontohi benda buruk yang aku lakukan. Aku tidak ingin begitu. Layani kami sebaiknya ya anak. Begitu dong..