Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Image
Cara daftar program SAVE 2.0 Rebat RM200 Shopee adalah seperti berikut: 1. Buka apps Shopee, kemudian pilih menu 'Buy Malaysia'. 2. Kemudian, klik pada butang 'DAFTAR SEKARANG'. 3. Isi dan lengkapkan borang maklumat. Anda boleh menggunakan bil elektrik kepunyaan anda sendiri atau milik orang lain yang ada tali hubungan dengan anda. 4. Sekiranya anda menggunakan akaun milik sendiri, jangan lupa isi 'NA' pada ruangan 'IF NO.....' 5. Selesai. NOTA: 1. Program ini difahamkan hanya untuk mereka yang ingin membeli alatan elektrik seperti aircond atau peti sejuk. 2. Jika pendaftaran ini lulus, anda akan menerima rebat RM200 pembelian tersebut. Kira macam diskaunlah bagi yang tak taham apa itu rebat.

TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI


Kasihan, ramai yang baru mendirikan rumahtangga belum memiliki kenderaan untuk bergerak ke tempat kerja, berniaga atau ke hospital.

Mereka bersungguh-sungguh mencari dan mengumpul wang untuk membeli kereta pertama.

Anak pertama lahir. Anak kedua lahir. Duit pun sudah cukup untuk membeli kereta pertama. Inilah masanya mereka benar-benar memerlukan kenderaan untuk pelbagai tujuan.

Tapi, adakah wang yang dikumpul itu cukup untuk membeli kereta idaman walaupun hanya sekadar kereta terpakai?

Berikut tips yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman saya sendiri:

1. BAJET
Bajet adalah paling penting. Berapakah wang yang sudah dikumpul? RM3,000 RM5,000 RM10,000?

Saya pernah membeli kereta terpakai bukanlah menilai berdasarkan saya inginkan spesifik jenama seperti Alza, Bezza dan sebagainya. Sebaliknya berdasarkan berapa wang terkumpul semasa.

Ada ketika itu, saya sangat memerlukan kenderaan (selepas kenderaan four-wheel saya sudah dilepaskan semasa PKP). Perlu sangat sebab ingin membawa anak temujanji doktor dan sebagainya.

Wang terkumpul ketika itu hanya kurang RM2,000 sahaja. Syukur ada rezeki dari bantuan GKP dari Kerajaan masa itu. RM3,000. Kemudian saya dapat pinjam dengan kawan dan jumlah terkumpul sebanyak RM8,000.

Dengan adanya bajet RM8,000 itu, saya tidak mencari kereta yang bernilai RM8K. Tetapi saya meletakkan bajet RM3K untuk penyelenggaraan.

Maka itu, bajet untuk beli kereta hanya RM5,000 sahaja. Kereta terpakai apa yang bernilai RM5K? VIVA? KANCIL? ISWARA?

Tidak! Pasaran Viva lebih RM10K, Kancil RM5K ke atas manakala ISWARA RM6K ke atas.

Akhirnya saya pilih Proton Savvy dijual dengan harga RM5K termasuk PUSPAKOM dan JPJ (Tukar nama). Kenapa Savvy? Ini saya akan terangkan pada lain artikel.

Owner jual sebab kereta itu banyak rosak dan tidak mampu untuk dibaiki lagi. Tapi saya lihat kondisi kereta masih cantik dan baik. Saya beli di Sandakan dan mampu pandu sehingga ke Kota Kinabalu dan Tuaran.

Kalau dah rosak, tidak mungkin mampu bergerak ratusan kilometer kan?

2. KONDISI KERETA
Jangan sesekali anda terpedaya dengan iklan si penjual kereta. Mereka akan selalu menyatakan bahawa;
"Kereta masih cun, boleh jalan jauh, gearbox enjin semua cun, aircond macam di kundasang"

Pertama sekali, buat temujanji dengan si penjual kereta. Jika anda tidak ada ilmu tentang automotif, bawa sekali mekanik yang anda kenal bersama.

Antara perkara yang perlu diperiksa adalah:
- Adakah pernah berlaku kemalangan? Jika pernah, saya automatik akan tolak.
- Bila kali terakhir kereta diservis? Kalau pemilik kereta tidak simpan rekod, berkemungkinan besar kereta tidak dijaga rapi. Periksa enjin dengan membuka penutup minyak enjin. Jika dapat, suluh menggunakan torchlight untuk melihat kondisi di dalam enjin. Dapatkan pemerhatian pada minyak (bersusu, berkeladak hitam).
- Hidupkan kereta, periksa asap pada exhaust untuk mengetahui kondisi enjin dari segi pembakaran.
- Buat pemanduan cuba. Perhatikan gegaran enjin. Ini berkaitan dengan Engine Mounting. Sangat penting.
- Periksa kondisi tayar, kaki dan tangan kereta (disebut lower arm, stearing rode, absorber, spring, mounting dan lain-lain).
- Periksa kondisi gearbox. Cuba maju, henti dan neutralkan gear. Ada sekatan? Jangan lupa perhatikan keadaan keseimbangan kereta apabila kereta dipandu pecut. Lakukan pemanduan menaiki bukit untuk periksa keadaan clutch.
- Periksa keadaan brake kereta. Lepaskan tangan daripada stearing kemudian lakukan brake. Adakah kereta kekal lurus atau bertukar hala ke kiri atau kanan.

Pemeriksaan kondisi kereta ini sangat penting sebelum mengambil keputusan untuk membelinya. Ini kerana ia berkaitan dengan bajet penyelenggaraan kita tadi.

Jika banyak yang perlu diselenggara, maka banyaklah kos yang anda perlu tanggung.

"Kereta terpakai murah atau mahal sebenarnya belum tentu fit untuk bergerak. Perlu lakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membelinya."

Semoga anda bertambah ilmu selepas ini ya.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?

AHLI MAJLIS PERUNDING PENJAJA DAN PENIAGA KECIL NEGERI SABAH (M3PNS) OKTOBER 2018 HINGGA SEPTEMBER 2020