Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Image
Cara daftar program SAVE 2.0 Rebat RM200 Shopee adalah seperti berikut: 1. Buka apps Shopee, kemudian pilih menu 'Buy Malaysia'. 2. Kemudian, klik pada butang 'DAFTAR SEKARANG'. 3. Isi dan lengkapkan borang maklumat. Anda boleh menggunakan bil elektrik kepunyaan anda sendiri atau milik orang lain yang ada tali hubungan dengan anda. 4. Sekiranya anda menggunakan akaun milik sendiri, jangan lupa isi 'NA' pada ruangan 'IF NO.....' 5. Selesai. NOTA: 1. Program ini difahamkan hanya untuk mereka yang ingin membeli alatan elektrik seperti aircond atau peti sejuk. 2. Jika pendaftaran ini lulus, anda akan menerima rebat RM200 pembelian tersebut. Kira macam diskaunlah bagi yang tak taham apa itu rebat.

AHLI MAJLIS PERUNDING PENJAJA DAN PENIAGA KECIL NEGERI SABAH (M3PNS) OKTOBER 2018 HINGGA SEPTEMBER 2020


2 tahun sudah berlalu. Bukan mudah untuk bergerak sebagai usahawan dan pada masa yang sama turut terlibat dalam aktiviti bersama Kerajaan.

AWAS! PENAFIAN - SAYA BUKAN AHLI POLITIK DAN BUKAN ORANG POLITIK. PERKONGSIAN SEKADAR AKTIVITI PENGLIBATAN.

Ini adalah pengalaman saya,

Oktober 2018, saya dilantik menjadi Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah (M3PNS).

Salah satu tanggungjawab saya pada ketika itu adalah sebagai medium dan ruang menyampaikan hasrat usahawan ke meja menteri. Bersama-sama dengan Ahli-Ahli Majlis yang lain.

Pada ketika itu, majlis ini dipengerusikan oleh DSP WILFRED MADIUS TANGAU. Sebelum ini, pernah dipengerusikan oleh DSP HAJI HAJIJI NOOR.

Pengalaman bersama-sama Ahli-Ahli Majlis yang lain adalah sangat berharga. Kami banyak berkongsi pendapat dan mendengar masalah di kawasan masing-masing.

Di sinilah kita dapat mendengar apa permasalahan kritikal yang sedang dihadapi oleh usahawan. Permasalahan ini telah diminitkan.

Harapa saya, usahawan bumiputera sentiasa dijaga dan diambil perhatian.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?