Posts

Showing posts from November, 2020

2 TEKNIK MENYIMPAN YANG BIJAK UNTUK MEREKA YANG BERUMAHTANGGA

Image
Penceramah² aset kata, orang mindset miskin saja yang suka simpan duit 'bawah bantal'.  Orang kaya akan belanja duit tu mereka ke dalam bentuk pelaburan/aset. Itu mereka yang kata.. . . Saya pernah tengok budak² pecahkan tabung duit syiling. Kemudian budak² tu tukar duit syiling kepada duit kertas dengan pakcik kedai runcit. Duit tukar duit.. kemudian duit tu dibelanja untuk beli keropok, aiskrim. Kemudian duit itu habis begitu saja. Rugi masa menyimpan. ELAKKAN KERUGIAN! Jadi, 2 tips ni saya share supaya kita amalkan menyimpan duit secara berkualiti dan bijak. PERTAMA Wujudkan tabung duit anak². Kadang² anak² saya akan terima sejumlah duit daripada pasangan suami isteri yang belum menimang cahaya. Sebagai tanda syukur mereka dan mengharap amalan mereka tu boleh bawa rezeki zuriat. Kemudian, setiap perayaan selalunya anak² akan dapat 'angpaw'. Angpaw tu bukan mama bapa yang habiskan ya. Simpan masuk ke dalam tabung. KEDUA Buat challenge suami isteri. Penuhka

JIKA BENAR KWSP DAPAT DIKELUARKAN, JANGAN CUBA LABURKAN DUIT UNTUK BISNES. FIKIR IDEA INI TERLEBIH DAHULU

Image
Tujuan asal KWSP adalah simpanan. Kita keluarkan untuk belanja modal bisnes adalah satu tindakan tidak tepat. Apa lagi labur 100% untuk bisnes. Bisnes adalah risiko. KWSP bukan duit. KWSP adalah UMUR. So, tujuan asal adalah SIMPAN. Keluarkan duit tu untuk beli EMAS GOLDBAR. Sudah beli EMAS, baru fikir.. nak laburkan untuk bisnes atau tidak. Jangan buat keputusan sebelum beli EMAS. Sudah banyak alkisah alkisah orang lama membelanjakan duit EPF tapi tidak sempat rasa untung disebabkan CERITA INDAH INDAH BELAKA tentang bisnes. Malah masa tua menambah liabiliti. 1. Rumah burung walit 2. Madu kelulut 3. Foodtruck 4. Restoran 5. Kereta sewa Dan banyak lagi cerita EPF hangus tanpa pulangan. Ada EPF, belilah EMAS. Kalau mahu bisnes, jual barang usahawan lain. Jadi jurujual. Bantu jual produk usahawan lain. Itu pilihan paling bijak masakini.

BANTU JUAL PRODUK KAWAN UNTUK JANA PENDAPATAN RISIKO RENDAH

Image
Bantu jual produk kawan-kawan. Apa yang bestnya adalah, kita tidak perlu fikir tentang penyediaan bahan, pembungkusan kreatif, pembuatan. . Kita hanya perlu carikan pelanggan untuk kawan-kawan kita saja. Ambil komisen setiap jualan yang kita berjaya jual. . Apa ada hal tentang branding dia. Biar dia terkenal. Asalkan setiap jualan kita buat, kita ada untung. . Makin dia terkenal, makin laku barang dia makin banyak untung kita juga. . Itu namanya kerjasama dan pengurusan risiko. Work smart.

SENARAI CONTACT MEKANIK KERETA TUARAN

Image
Berikut adalah senarai contact mekanik kereta di Tuaran, Sabah. 1. Boboy Augustine 0168182251 2. Rj Ivan 0149333989 3. Didie 0162284120 4. NHA AFRI 01120704783

SENARAI CONTACT TUKANG AIRCOND TUARAN

Image
Berikut adalah senarai Tukang Servis Aircond di Tuaran, Sabah. 1. Azrul 0138706921   2. Willie Alex 0167529354 3. Petra Milanda Nanak 0168433583

TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI

Image
Kasihan, ramai yang baru mendirikan rumahtangga belum memiliki kenderaan untuk bergerak ke tempat kerja, berniaga atau ke hospital. Mereka bersungguh-sungguh mencari dan mengumpul wang untuk membeli kereta pertama. Anak pertama lahir. Anak kedua lahir. Duit pun sudah cukup untuk membeli kereta pertama. Inilah masanya mereka benar-benar memerlukan kenderaan untuk pelbagai tujuan. Tapi, adakah wang yang dikumpul itu cukup untuk membeli kereta idaman walaupun hanya sekadar kereta terpakai? Berikut tips yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman saya sendiri: 1. BAJET Bajet adalah paling penting. Berapakah wang yang sudah dikumpul? RM3,000 RM5,000 RM10,000? Saya pernah membeli kereta terpakai bukanlah menilai berdasarkan saya inginkan spesifik jenama seperti Alza, Bezza dan sebagainya. Sebaliknya berdasarkan berapa wang terkumpul semasa. Ada ketika itu, saya sangat memerlukan kenderaan (selepas kenderaan four-wheel saya sudah dilepaskan semasa PKP). Perlu sangat sebab ing

COVID19 - KECICIRAN MAKLUMAT PUNCA MASALAH BANTUAN TIDAK SAMPAI

Image
Last saya dapat bantuan adalah bantuan GKP. Dengan itulah saya gunakan sebaiknya untuk cari income semasa PKP. Sampailah hari ini, wang bantuan GKP macam pandai beranak. Betul2 digunakan untuk bisnes. Syukur hari ini boleh hulur-hulur kepada yang memerlukan sedikit sebanyak. Kalau saya ditakdirkan tersenarai dalam keluarga yang menerima bantuan berbentuk keperluan dapur semasa PKPB, saya sendiri akan pass bantuan itu kepada keluarga yang lebih memerlukan daripada saya. Untuk saya sudah cukup lengkap di dapur. Malangnya tiada tersenarai. Saya juga tak minta, dan tidak perlukan. Cuma hairan lah kenapa tidak tersenarai. Dan kenapa masih ada orang lain yang belum terima. Keciciran maklumat. Ini paling perlu dielak. Sejak dulu berulang saya tekan kan. Data data data. Data lapuk, jangan dipakai. Silakan gandakan usaha untuk cari data, jangan ada tercicir. Ekonomi makin worst. Ekonomi sedang tumbuh tapi sangat time consuming. Betul2 ramai terkesan.