Posts

Jurnal Pemergian Mak Mertuaku (Sida Binti Katuo)

Image
Innalillah wa inna ilaihi roji'uun Semoga Mak mertua saya ditempatkan orang-orang yang beriman. Alfatihah. Terima kasih jasa dan kebaikan yang diberikan selama 7 tahun mengenal mak. 2.45am 9.10.2021 Sabtu ###### 09.10.2021###### Detik mak mertua pergi: http://www.achmad.net/2021/10/mak-mertua-aku-sudah-dijemput-ilahi.html ###### Update jam3.30pagi selesai buat laporan polis. Polis suruh tunggu di rumah mungkin sebelah pagi KKM akan datang bawa jenazah untuk prosedur. ###### Update jam9pagi tadi KKM ada telefon untuk meminta butir-butir jenazah. Dimaklumkan tengah hari nanti mereka akan datang ke rumah. ###### Update jam lebih kurang 8.50 pagi selesai membeli 1 set kain kapan untuk jenazah di Elahizaiton Trading (0198409478) sebaris 99Speedmart Tuaran. Kain Putih (40ela), Kapur Barus (10bks), Kapas (1 bks), Sabun mandi (2bks), Air mawar (1btl), minyak wangi (4btl), kapas telinga (1bks), cendana (1bks), gunting (1pcs) dan setanggi (1bks). Semua RM200.

Mak Mertua aku sudah dijemput Ilahi

Image
Jam lebih kurang 2.44 pagi aku dikejutkan oleh isteriku Darma. Darma: "Bang tiada sudah mama". Aku: "Apa?". Aku terjaga terkebil-kebil dan terkejut. Darma: "Mama sudah tiada. Abang kasitaulah mama abang tiada sudah mama". Aku pun cuba menelefon ibuku yang sedang tidur di biliknya. Tidak sampai seminit ibuku menjawab telefon. Aku: "Ma, buka pintu". Aku meminta ibuku untuk buka pintu untuk masuk memberitahu keadaan. Takut nenek aku terjaga dari tidur di ruang tamu. Mama: "kenapa?". Aku: "Tiada sudah mama si darma". Situ lah bermulanya detik khabar kematian ibu mertuaku. Jenazah disahkan meninggal dunia pada jam2.45 pagi oleh anaknya sendiri. Aku pun meneliti semula SOP MKN SABAH. Dinyatakan kematian di rumah, terus membuat laporan di balai polis atau pusat kesihatan terdekat. Aku bersama anak saudaraku bergerak ke Balai Polis Tuaran untuk memaklumkan kejadian. Syukur selesai membuat laporan lebih kurang jam3.30 pagi, pihak polis

Terima Kasih Warga Tuaran

Image
Terima kasih warga kita yang sudi dan rajin share posting aku sebelum ini ya. Aku percaya yang aku mungkin adalah seorang introvert atau mungkin istilahnya pemalu bila berada di situasi publik. Tapi kebelakangan ini aku semakin berani sebab sedar sifat ini kadang-kadang membosankan dan tak membawa faedah besar untuk diri aku. So apa aku buat, grab a camera, point and shoot & sharing. Pembelian kamera yang agak berbaloi dan sekurang-kurangnya membawa faedah kepada masyarakat dan ekonomi peniaga kecil. Biarlah aku dikecam dikatakan suka menunjuk di media sosial. Tapi sebenarnya 1 jari telunjuk menunjuk kelemahan orang sedangkan 3 jari lainnya menunjuk kelemahan dirinya sendiri.  By the way, gambar di bawah ini postingan pada minggu ini. Perkongsian biasa-biasa saja hanya untuk rakaman sendiri tapi beri sambutan baik. Alhamdulillah aku doakan bisnes korang semua baik-baik belaka. ####### Ada satu lagi video tapi di youtube aku berkenaan tomyam paling sedap. View dia dalam beberapa har

Maafkan semua orang

Image
Bengkok macam mana pun akhlak dia, aku, kau, kita, kamu, kami, anda, saya, mereka... Tak akan sama pengakhiran nanti. Selagi pintu taubat masih terbuka. Jangan sombong amat ketika iman sedang menebal dengan merasa kita seperti pilihan Tuhan, orang lain pula gagal dalam amalan. No. Perjalanan masih jauh. Doa² baik saja dengan sesiapa. Aku pun belajar memaafkan. Belajar bersangka baik sudah. Dulu siap pemimpin² politik aku maki hamun, macamlah aku ni perfect sangat, thinker la sangat, genius la sangat. Sekarang aku belajar mendoakan yang baik-baik untuk semua orang. Layan sisa hidup tenang-tenang. Dah berapa ramai orang yang kita kenal mati duluan dari kita. Tak sempat minta maaf atas keterlaluan bahasa semasa hayat. Bila nafasnya berakhir, rasa bersalah tidak sempat aku meminta maaf. Ruginya aku! . Kalau kita layak lahir di bumi ini, takkan kita tidak layak menjadi lebih baik hingga pengakhiran hayat? Maafkan aku, doakan aku. Selamat malam semuanya kepada yang mengenali diriku yang kerd

Hari ini umur perkahwinan kami 6 tahun 8 bulan 30 hari

Image
Semalam masuk 6 Tahun 8 Bulan 29 Hari sejak kami sah mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, ujian seminggu sebelum nikah, sehari selepas nikah, 3 bulan pertama, 6 bulan, setahun, 3 tahun, 5 tahun berumahtangga sudah ditempuhi dengan pahit manis dan bersabar. Sepanjang berumahtangga hampir 7 tahun ini, hanya 2 kali kami bergaduh. Sebelum menimang cahaya mata dan selepas menimang cahaya mata. Pergaduhan yang agak minima. Tiada suara tinggi. Tiada cakar mencakar apatah lagi cubit atau pukul. Kami hanya berdiam dan mengasing diri. Ego kami berdua cukup tinggi. Tapi, mungkin oleh kerana masing-masing menghormati fungsi isteri dan suami, salah satu akan memujuk. Tengoklah siapa yang sejuk dulu. Tak mahu lama sangat bergaduh. Cukuplah paling lama 24jam. Korea-korea sikit. Sejuklah tu. Teringat ketika bergaduh kali ke-2 lalu dan berbaik semula, beberapa hari selepas itu barulah kami cerita balik kejadian pergaduhan lalu. Waktu tu dua-dua sudah sejuk hati, tepi pantai bawa anak mema

Ingin bebas masalah kewangan? Ikut cara ini.

Kita ada 2 jenis kategori manusia. Maaf bukan kategori ambil vaksin dan tidak ambil Vaksin. Okay.. 2 kategori ni adalah: 1. Belanja dulu baru simpan. 2. Simpan dulu baru belanja. Yang paling bagus kita perlu amalkan simpan dulu baru belanja. . Kalau kita amalkan ini, kita ada ruang untuk berjaya. . Tak amalkan ini, dengan apa pun alasan, kita akan sentiasa terperangkap dengan mainan liabiliti. Salam Jumaat Hari last hantar barang. Besok dan lusa aku fikir nak cukupkan rehat. 10.09.2021 Achmad Noorafzam Tuaran ♥️♥️♥️♥️♥️

Hidup kita sedang diracuni impian. Elakkan!

Hidup sekarang ni putarannya pelik. 1. Setiap manusia berlumba cari rezeki (wang) pelbagai cara. Impian menjadi kaya dan bebas hutang. 2. Bohonglah kalau tiada impian begitu. Tak capai tak apa, asalkan dapat apa yang ada sudah cukup. Bila iman kuat, bersyukur. Bila iman lemah, sentiasa rasa kepayahan secara tidak sedar. 3. Kita tidak perfect. Kita akui itu. 4. Tapi kita sudah masuk dalam dunia kepelikan. Branding, marketing semua nya memang kerana mencari duit. Jangan tipu diri sendiri. Ianya benar. Asasnya nak mendapatkan duit. 5. Maka wujudlah tektikal-tektikal marketing untuk tujuan itu. Tak kira lah dalam bentuk apa marketing itu. Ada yang ambil pendekatan perkongsian ketuhanan, ada ambil pendekatan sosial enterprise. 6. Hati-hati di mana kita sebenarnya. Ya, kita cakap kita lurus. Tapi hati ini asyik berbolak balik. Pandai menyuntik keinginan mencapai hasrat utama iaitu duit. 7. Sekali lagi, kita berhati-hati. 8. Akhir sekali, nak lawan perasaan tu hanyalah satu jalan sahaja. 9. J