Mak Mertua aku sudah dijemput Ilahi

Jam lebih kurang 2.44 pagi aku dikejutkan oleh isteriku Darma.

Darma: "Bang tiada sudah mama".
Aku: "Apa?". Aku terjaga terkebil-kebil dan terkejut.
Darma: "Mama sudah tiada. Abang kasitaulah mama abang tiada sudah mama".

Aku pun cuba menelefon ibuku yang sedang tidur di biliknya. Tidak sampai seminit ibuku menjawab telefon.

Aku: "Ma, buka pintu". Aku meminta ibuku untuk buka pintu untuk masuk memberitahu keadaan. Takut nenek aku terjaga dari tidur di ruang tamu.
Mama: "kenapa?".
Aku: "Tiada sudah mama si darma".

Situ lah bermulanya detik khabar kematian ibu mertuaku. Jenazah disahkan meninggal dunia pada jam2.45 pagi oleh anaknya sendiri.

Aku pun meneliti semula SOP MKN SABAH. Dinyatakan kematian di rumah, terus membuat laporan di balai polis atau pusat kesihatan terdekat.

Aku bersama anak saudaraku bergerak ke Balai Polis Tuaran untuk memaklumkan kejadian.

Syukur selesai membuat laporan lebih kurang jam3.30 pagi, pihak polis menyuruh kami pulang dan pihak polis juga KKM akan datang ke rumah untuk membawa jenazah ke hospital sebagai meneruskan prosedur.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?